Tatkala negeri Mesir mula ditakluki oleh tentara Islam Khalifah Umar Ibnul Khattab yang memerintah Kerajaan Islam ketika itu telah melantik Amru Bin Al As sebagai gabenor di wilayah islam yang baru itu. Amru Bin Al As memang terkenal seorang pahlawan Islam yang berani serta pentadbir yang cekap dan bijaksana.

Semasa Amru Bin Al As menjadi gabenor Mesir, suatu peristiwa ganjil telah berlaku. Air sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir beberapa bulan lagi dan penduduk-penduduk Mesir bercadang untuk melakukan upacara jahiliah ialah mengorbankan seorang anak gadis yang cantik ke dalam sungai itu. Mereka mendesak Amru Bin Al As supaya melakukan upacara itu. Beliau yang sebagai pemerintah Islam dan tokoh sahabat Rasulullah SAW tentu sekali berkeras tidak mahu melakukan sebab terang sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.

Tidak berapa lama kemudian air sungai Nil benar-benar mulai kering. Oleh kerana pertanian di negeri Mesir itu bergantung kepada air sungai tersebut, penduduk-penduduk pun menjadi semakin cemas. Ada sebahagian mereka terpaksa berpindah ke kawasan tanah lain yang lebih subur.

Keadaan ini akhirnya memaksa Amru Bin Al As menulis surat kepada Khalifah Umar Ibnul Khattab di Madinah untuk meminta pandangannya. Amru Bin Al As sendiri merasa serba salah tentang bagaimana hendak menyelesaikan masaalah yang dihadapinyaitu. Tidak lama kemudian Saiyidina Umar Ibnul Khattab pun mengirim jawapannya melalui sepucuk surat. Tetapi apakala surat itu sampe ke tangan Amru Bin Al As gabnor Mesir itu didapatinya surat itu tidak ditujukan keapdanya bahkan kepada Sungai Nil itu sendiri. Sebelum Amru Bin Al As mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil yang hampir kekeringan itu ia sempat juga membaca isi surat itu yang berbunyui kira-kira demikian:

“Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar, hamba Allah dan Amirul Mukminin.

“Wahai Sungai Nil! Jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kuasamu maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan kau, tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah swt maka kepadaNya kami pohonkan agar mengalirkan air di sungai ini.”

Demi setelah surat itu Gabenor Amru mencampakkan ke dalam sungai tersebut, adalah diriwayatkan bahawa sungai itu pun dipenuhi semula oleh air sedalam empat-puluh lapan kaki pada malam itu. Semenjak hari itu lenyaplah amalan-amalan jahiliah yang lama lagi karut itu di kalangan penduduk Mesir.


Abdullah bin Mubarak menceritakan sewaktu beliau tertidur di Masjidil Haram, beliau ternampak dua malaikat turun dari langit. Berkata salah seorang darinya, “Berapa ramai bilangan yang menunaikan haji tahun ini?” Jawab yang disebelahnya, “600,000 orang.”

“Di antara mereka berapakah yang diterima hajinya?” Jawab malaikat kedua, “Di antara mereka, hanya seorang saja. Namanya Muwaffaq, dia tinggal di Damsyik, pekerjaannya sebagai tukang kasut, dia tidak dapat berhaji, tetapi hajinya diterima oleh Allah,” Bila tersedar dari tidur, Abdullah segera berangkat ke Damsyik untuk mencari lelaki ini.

Setelah bertemu, Abdullah pun bertanya, “Terangkan padaku, apakah amalanmu sehingga mencapai darjat yang tinggi?” Jawab Muwaffaq, “Dengan rahmat Allah, aku telah mengumpulkan wang sebanyak 300 dirham yang aku simpankannya untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Wwaktu itu, isteriku sedang hamil dan dia telah tercium sesuatu dari rumah jiran dan dia menyuruhku memintanya sedikit kerana mengidam.

Aku pun mendapatkan jiranku itu. Berkata jiranku kepadaku, “Aku terpaksa memberitahumu satu perkara, anak-anakku sudah tiga hari tidak makan.”

Sewaktu aku keluar mencari makanan, aku terjumpa bangkai himar lalu aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini halal bagi kami tetapi haram bagimu.

Mendengarkan kata-kata wanita ini, aku segera pulang ke rumah dan mengambil wang 300 dirham itu lalu aku berikan padanya. Aku berkata kepada diriku, “hajiku hanya di pintu rumah jiranku.” Hanya itulah saja amalanku.

Demikianlah besarnya rahmat Allah kepada hambanya, sesungguhnya Allah tidak memandang pada harga yang kita ada tetapi niat yang ikhlas lagi suci.


Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu.

Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi.

Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, “Berapakah harga barang ini kamu beli?” Badwi itu menjawab, “Empat ratus dirham.” Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara. ” kata saudagar Yunus lagi. “Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yagn empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham.” Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi.

Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkata saudagar Yunus kepada saudaranya, “Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?” Marah saudagar Yunus lagi. “Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan empat ratus dirham.” Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, “Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudarakita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri.”

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yagn jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan. Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga.” (Diriwayatkan lima Imam kecuali Imam Nasa’i)


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

“Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya.”

Maka Rasulullah menjawab : “Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?”

“Ya, saya berjanji” jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Read the rest of this entry »


Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepdaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-A’raf: 55-56)

Jangan sesekali lupa bahawa Allah ialah Tuhan sekalian alam termasuklah diri kita dan hanya Dia Wali dan Penolong kita. Oleh itu, ingatlah apabila kita hendakkan sesuatu, mintalah daripada Allah.

Doa ialah salah satu daripada ibadah yang paling penting untuk membawa kita dekat dengan Allah. Sesuai dengan sifatnya, semua manusia perlu berasa untuk melakukan ibadah ini. Walaupun ia sangat penting dan seseuatu yang diperlukan dalam kehidupan mukmin, orang yang tidak beriman hanya melakukannya pada masa-masa susah. Pada masa itu, ia mungkin tidak akan diterima oleh Allah kerana apa yang disenangi Allah ialah untuk meminta pertolongan Allah baik pada masa senang ataupun susah, ini bermakna, Read the rest of this entry »


Dan didekatkan syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturanNya). (Iaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. “(Surah Qaf: 31-34)

Mereka yang layak untuk kembali ke tempat asal mereka berdiri di hadapan Allah, sebagaimana yang telah dinyatakan didalam al-Qur’an, akan menerima buku amalan mereka yang mengandungi segala catatan semasa mereka hidup di muka bumi dengan tangan kanan. Mereka tidak akan berasa susah dengan perhintungan amalan mereka. Bermula saat itu, mereka akan hidup dengan penuh kenikmatan. Orang- orang yang beriman diberi khabar gembira dengan keadaan yang menyenangkan di dalam banyak ayat al-Qur’an: Read the rest of this entry »


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.” Read the rest of this entry »


Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jenelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, “Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada sesiapa pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.”

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.

Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka Read the rest of this entry »


Dan sesungguhnya hari Kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur. (Surah al-Hajj: 7)

Sekarang, berhenti seketika dan lihat jam tangan kita. Setiap minit berlalu, kita sedang menuju ke arah saat terakhir. Saat yang mana kita akan kembali kepada Tuhan dan buku amalan kita. Masa yang sudah ditetapkan itu pasti datang. Saat itu bukanlah boleh dijangka, dimana ketika roh akan dicabut oleh malaikat maut. Selepas itu, kita akan tiba di Hari Kebangkitan. Segala perkara dunia akan menjadi tidak signifikan dan kita akan melihat dengan jelas yang apa yang paling penting adalah ketakwaan dan redha Allah.

Jadi, kita masih mempunyai waktu, jangan lupa untuk membuat persedian untuk hari kebangkitan, apabila segala di dunia akan hilang dan manusia akan dibangkitkan dari kubur masing- masing untuk menerima buku catatan amalan daripada Tuhan mereka.

Pada hari itu, setiap perbuatan yang dilakukan semasa hidup akan jelas. Sesiapa yang membuat kebaikan akan diberi ganjaran penuh, manakala barang siapa yang berbuat keburukan akan berharap yang mereka dijauhkan daripada Read the rest of this entry »


Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa  yang telah kamu kerjakan. (Surat al-Jumu’a: 8)

Semua perkara yang kita lihat di sekeliling kita, kawan-kawan kita, saudara-mara, dan semua benda hidup di dunia ini akan pasti suatu hari nanti mati, sebagaimana berjuta-juta manusia yang hidup sebelum kita. Fakta ini dinyatakan di dalam ayat al-Qur’an yang berbunyi, “Setiap manusia akan merasai mati…” (surah al-Anbiya’: 35). Melupai kepastian ini menandakan kurangnya kesedaran. Manusia tidak dapat lari daripada maut dan pastinya akan mati kerana sebab-sebab tertentu pada satu masa dan tempat yang tidak diketahuinya.

Ingatlah, kecantikan, glamor, status, harta benda atau usia muda tidak dapat menghalang kematian seseorang. Walaupun ramai manusia sedar akan realiti ini, mereka cuba Read the rest of this entry »


Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (Surah al-‘Ankabut: 64)

Ingatlah semua benda di atas muka bumi ini diciptakan dengan satu tujuan. Ia adalah satu fakta yang sangat pasti bahawa semua benda yang kita lihat di sekeliling kita adalah untuk tujuan yang khusus. Manusia juga diciptakan untuk satu tujuaan:

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah al-Mulk: 2)

Sebagaimana yang diterangkan di dalam ayat diatas, Allah meletakkan manusia di atas muka bumi ini sementara untuk menguji mereka. Dia menguji kita dengan apa yang kita hadapi di dunia ini; Dia menciptakan kehidupan ini untuk membezakan orang-orang yang beriman daripada orang-orang yang tidak beriman, dimana mereka akan dibersihkan daripada dosa dan layak untuk memasuki syurga. Dengan kata lain,  dunia ini hanya medan ujian dimana kita boleh mendapatkan keredaan Allah. Read the rest of this entry »


Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka adakah kamu tidak memikirkan? (Surah Ya Sin: 60-62)

Ingatlah bahawa kita mempunyai musuh yang bertujuan untuk membawa kita jauh daripada Allah, agama-Nya dan al-Qur’an. Dia tidak pernah berputus asa daripada rancanganya walaupun sedetik; sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya. Dia boleh melihat kita daripada sudut yang kita tidak dapat melihatnya.  Dan dia mencuba pelbagai cara untuk memerangkap kita. Salah satu daripada sifatnya ialah secara bersembunyi. Taktik dan perangkapnya mungkin berbeza kepada seseorang. Taktik yang digunakan juga bergantung kepada masa, tempat dan situasi. Musuh kita yang dimaksudkan ialah syaitan, makhluk yang dihalau daripada pandangan Allah. Read the rest of this entry »