Posts Tagged ‘ghaib’

Kurniaan Ilahi

Posted: November 12, 2012 in Artikal
Tags: , , ,

      Adakah pelukis membuat gambar semata-mata kerana gambar itu saja?Tentu tidak, tujuannya untuk menggembirakan anak-anak atau untuk menjadikan kenang-kenangan terhadap mereka yang telah pergi ke hadrat ilahi.Adakah tukang buat tempayan semata-mata kerana tempayan dan bukan kerana hendakkan air?Adakah penulis menulis kerana untuk tulisan semata-mata,bukan untuk faedah pembaca?
 
      Ini adalah seperti pergerakan dalam permainan catur/cest.Perhatikan hasil setiap pergerakan di pergerakan yang lagi satu.Dengan merenungkan sebab dan musabah satu lepas satu,anda mencapai kemenangan.Orang yang bebal ruhnya tidak mengerti mara ke depan.Dia bertindak membuta-tuli saja.Membuta-tuli dalam peperangan adalah seperti pejudi yang menyerah kepada nasib. (more…)

Ruh Alam Semesta

Posted: October 10, 2012 in Puisi Sufi
Tags: , , ,

Alangkah ajaibnya satu lautan
Yang ghaib dari pandangan
Maha luas tiada terperikan
Segala sesuatu diliputi dilengkongkan
 
Bentuk badan kita ibarat cawan
Terumbang-ambing terapung-apungan
Di isi air bertenggelaman
Tanpa buih ditinggalkan
 
Lautan itu ruh kita
Sangat hampir tiada antara
Itulah unsur ketuhanan dalam diri manusia
Terlalu terang hingga tiada kelihatan mata (more…)

JANGAN SAMPAI MERAGUKAN KAMU TERHADAP JANJI  ALLAH  KERANA TIDAK TERLAKSANA APA YANG TELAH DIJANJIKAN, MESKIPUN TELAH TERTENTU (TIBA)   MASANYA, SUPAYA KERAGUAN ITU TIDAK MEROSAKKAN MATA HATI KAMU DAN TIDAK MEMADAMKAN CAHAYA SIR (RAHSIA ATAU BATIN) KAMU.
Doa dan janji Allah s.w.t berkait rapat. Allah s.w.t menjanjikan untuk menerima semua doa. Hamba sudah sangat kuat dan kerap berdoa. Hamba mendoakan agar diselamatkan daripada sesuatu musibah. Masa musibah itu sampai sudah tiba tetapi keselamatan daripadanya tidak tiba. Timbul keraguan dalam hati hamba itu tentang janji-janji Allah s.w.t.
Sebahagian orang beriman diuji dengan penerimaan atau penolakan doa dan sebahagian yang lain diuji dengan tertunai atau tertahan janji Allah s.w.t. Janji Allah s.w.t ada dalam bentuk umum dan ada dalam bentuk khusus. Janji umum banyak terdapat di dalam al-Quran seperti janji syurga terhadap orang yang berbuat kebajikan, janji neraka terhadap orang yang derhaka, janji ketinggian darjat (more…)

Musuh Manusia

Posted: October 3, 2012 in Puisi Sufi
Tags: , , ,

Banyak sungguh musuh insani
Tidak nampak kerana tersembunyi
Hanya orang yang berhati-hati
Sebenarnya pandai bijak bistari
 
Musuh yang ghaib tidak kelihatan
Jahat dan baik berbagai keadaan
Sentiasa menggoda hati insan
Setiap saat setiap zaman
 
Bisikan syaitan membawa kejahatan
Ilham malaikat membawa kebaikan
Datang dari segenap jurusan
Untuk mempengaruhi diri insan
 
Tungguhlah hingga kesedaran bertukar keadaan
Supaya dapat membezakan mana malaikat mana syaitan
Mana yang patut ditolak,mana yang patut diterimakan
Agar selamat dirimu insan.

Aku Dan Diriku

Posted: September 13, 2012 in Puisi Sufi
Tags: , ,

Diriku telah hilang
ghaib di dalam gua yang dalam
gelap gulita
puasku mencarinya
namun tidak ku temui
sesekali gelibatnya melintasi di hadapan ku
bila aku cuba memegang dia kembali menghalang.

Wahai Yang Maha Melihat
lihatlah betapa kasih aku kepada diriku
bila Engkau memisahkan daku daripadanya
masih juga daku mencari-carinya. (more…)