Archive for October 13, 2012

Alam Kecil Dan Alam Besar

Posted: October 13, 2012 in Puisi Sufi
Tags: , , ,

Insan Itu alam kecil dalam bentuk zahirnya
Insan itu alam besar dalam bentuk batinnya
Inilah pendapat para sufi dan auliya
Yang sukar difahami orang biasa
 
Dari segi lahirlah
Dari dahan asalnya buah
Dari segi batiniah
Wujudnya dahan untuk buah
 
Jika tidak kerana buah,mahukah anda menanam pokok
Meskipun kelihatannya buah keluar dari pokok (more…)

WAKTU siang atau malam, di mana juga kita berada, patut ditanamkan dalam hati rasa takut kepada Allah. Dengan kata lain, sepanjang masa kita hendaklah sentiasa berasa takut kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Berlakunya kemungkaran dan maksiat di sekeliling kita hari ini disebabkan rasa takut akan azab dan seksaan maha pedih dari Allah tidak ada dalam hati mereka yang melakukannya dan ini menunjukkan mereka tidak takut sama sekali dengan Allah.
 
Takut adalah sifat terpuji dan patut ada dalam hati setiap mukmin yang ingin mendapatkan takwa. Dengan adanya perasaan takut membuatkan seseorang itu menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran yang mendatangkan dosa hingga menjerumuskan ke api neraka di akhirat kelak. (more…)

Sungguh kita ketahui bahawa manusia hidup bermacam-macam karenah dan ragam. Kesemuanya tidak sempurna untuk melengkapi keperluan hidup masing-masing. Ada yang tidak berpuas hati terhadap kejayaan orang lain, dan ada pula yang cemburu buta terhadap kesenangan yang dilalui individu lain. Maka, wujudlah perasaan dengki dan iri hati dalam setiap diri manusia itu.
 
Iri hati bermaksud perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain. Hasad dengki pula diertikan sebagai suatu sikap tidak senang diatas kesenangan, kenikmatan atau kelebihan yang terdapat dalam diri orang lain.
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 bermaksud, “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?” Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Ini kerana dia tidak pernah merasa bersyukur di atas apa yang dimilikinya, sebaliknya dia mewujudkan perasaan dengki dan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. (more…)

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
 
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: (more…)

1- Belajar ilmu mendapat pahala.
2- Mencari ilmu adalah ibadah.
3- Mengingati ilmu menyamai tasbih dan beribadat malam.
4- Menyelidik ilmu menyamai jihad.
5- Mengajar ilmu menyamai sedekah.
6- Memberi ilmu mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meninggikan martabat di dalam Syurga.
7- Menjadi sahabat ketika kesunyian.
8- Menunjuk jalan kepada kesenangan.
9- Penolong ketika menghadapi kesukaran.
10- Memberi keindahan di tengah sahabat-sahabat. (more…)

Indahnya Sabar

Posted: October 13, 2012 in Artikal
Tags: , , ,

 
Ibrahim al-Khawwash rahimahullah berkata, Hakekat kesabaran itu adalah teguh di atas al-Kitab dan as-Sunnah.”(al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/7]). Ibnu ‘Atha’rahimahullah berkata, “Sabar adalah menyikapi musibah dengan adab/cara yang baik.” (al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/7]). Abu Ali ad-Daqqaq rahimahullah berkata,“Hakekat dari sabar yaitu tidak memprotes sesuatu yang sudah ditetapkan dalam takdir. Adapun menampakkan musibah yang menimpa selama bukan untuk berkeluh-kesah -kepada makhluk- maka hal itu tidak meniadakan kesabaran.” (al-Minhaj Syarh Shahih Muslim [3/7])
Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan al-Fauzan hafizhahullah menjelaskan, “Sabar secara bahasa artinya adalah menahan diri. Allah ta’ala berfirman kepada nabi-Nya (yang artinya), ‘Sabarkanlah dirimu bersama orang-orang yang berdoa kepada Rabb mereka’. Maksudnya adalah tahanlah dirimu untuk tetap bersama mereka. Adapun di dalam istilah syari’at, sabar adalah: menahan diri di atas ketaatan kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan untuk meninggalkan kedurhakaan/kemaksiatan kepada-Nya. …” (I’anat al-Mustafid bi Syarhi Kitab at-Tauhid [3/134]  (more…)

Dua belah mata boleh menangis tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya merupakan lumrah kehidupan. Tak mungkin seseorang itu hanya melalui satu episod saja dalam kehidupannya; sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini. Orang yang beriman berada di atas batas pertengahan, tidak berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang bergejolak di hati. Inilah yang disebut sebagai jiwa hamba yang zuhud. Apabila mendapat nikmat, dia tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih. Semua dikembalikan kepada ketentuan Allah semata-mata.
 
Menangis merupakan suatu ungkapan perasaan yang normal pada diri manusia. Biasanya manusia menangis atas sebab-sebab tertentu. Mungkin berduka kerana telah kembali kepada Allah SWT seseorang yang mereka kasihi. Kerana rindu yang teramat menyiksa kepada orang yang disayangi. Begitu juga orang akan menangis apabila menahan sakit, tak kira apakah ia sakit kerana dilukai perasaannya ataupun sakit pada zahir tubuh badannya. Orang akan menangis apabila kehilangan harta, disiksa dan dizalimi, diusir atau dihina peribadinya dan dipermalukan di khalayak ramai. (more…)

Ikhlas adalah rahsia :
a. Di sebalik kejayaan setiap amal manusia.
b. Penyelamat hati manusia.
c. Menuju kebahagian yang hakiki. Ia adalah ilmu yang lain dari yang lain.
d. Orang yang merasa telah mendapatkannya boleh jadi telah kehilangannya pada masa yang sama.
e. Orang yang mendakwa menguasainya dengan mahir bererti dia tidak dapat menguasainya.
f. Orang yang mengaku mampu mengajarkannya adalah orang masih perlu belajar lagi tentangnya.
 
Nilai sebuah amal atau perbuatan ditentukan oleh seberapa tulus niat kita. Perbuatan yang dimaksudkan tentunya adalah yang termasuk ketaatan atau perkara yang dibolehkan dan bukan perkara-perkara yang dilarang. Tidak ada istilah ikhlas untuk perbuatan-perbuatan yang tergolong dalam kategori kemaksiatan. Ketulusan niat hendaklah diukur sebelum, semasa dan selepas kita melaksanakan suatu amal. Kita semestinya perlu ikhlas pada ketiga-tiga tahap tersebut dan tidak hanya pada salah satunya. (more…)

Solat dan doa adalah antara cara kita berkomunikasi dengan Allah.

Mengapa kita berdoa?

Berdoa akan mewujudkan rasa penghambaan(ubudiyyah) kita kepada Allah. Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya memohon kepada Pencipta kita, Yang Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.

Kunci Untuk Berdoa

Kuncinya untuk berdoa adalah Y2K iaitu

  • Y ialah YAKIN

Kita perlu selalu bertanya kepada diri kita ketika berdoa, sejauh mana keyakinan kita setiap kali kita mengungkapkan doa kita itu?

  • 2K ialah yakin dengan dua perkara iaitu;

1.    Allah itu sentiasa mendengar doa kita kerana doa adalah komunikasi kita dengan Allah. (more…)


Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
 
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
 
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.  (more…)

Tidak Tahu

Posted: October 13, 2012 in Puisi Sufi
Tags: , , , ,

Sekarang berada dalam nama allah
Saya tidak kenal diri sendiri
Saya tidak pandang pada salib
Saya tidak pandang bulan sabit
 
Saya bukan majusi
Sya bukan yahudi
Rumahku bukan di timur
Rumahku bukan di barat
 
Saya bukan bersaudarakan iblis atau malaikat
Saya bukan ditempat dari api dan bukan dari buih
Saya dibentuk bukan dari habuk atau dari embun (more…)