Posts Tagged ‘lauh’

Kurniaan Ilahi

Posted: November 12, 2012 in Artikal
Tags: , , ,

      Adakah pelukis membuat gambar semata-mata kerana gambar itu saja?Tentu tidak, tujuannya untuk menggembirakan anak-anak atau untuk menjadikan kenang-kenangan terhadap mereka yang telah pergi ke hadrat ilahi.Adakah tukang buat tempayan semata-mata kerana tempayan dan bukan kerana hendakkan air?Adakah penulis menulis kerana untuk tulisan semata-mata,bukan untuk faedah pembaca?
 
      Ini adalah seperti pergerakan dalam permainan catur/cest.Perhatikan hasil setiap pergerakan di pergerakan yang lagi satu.Dengan merenungkan sebab dan musabah satu lepas satu,anda mencapai kemenangan.Orang yang bebal ruhnya tidak mengerti mara ke depan.Dia bertindak membuta-tuli saja.Membuta-tuli dalam peperangan adalah seperti pejudi yang menyerah kepada nasib. (more…)