Posts Tagged ‘umar al khattab’


Setiap manusia pasti menyimpan kenangan tentang detik yang paling bersejarah dalam hidupnya. Umpamanya kenangan ketika pertama kali berjumpa pujaan hati atau saat-saat manis menggenggam kejayaan dalam pendidikan, kerjaya atau kerjaya dalam bidang yang diceburi. Kebahagiaan itu terpancar bersama kesyukuran. Hingga ke hari ini, terlalu banyak detik bahagia yang pernah dilalui. Bagi seorang mukmin, sebenarnya ada saat-saat yang terlalu istimewa dan tidak dapat dibeli dengan dunia dan segala isinya. Ia terlalu mahal dan tidak mungkin sesiapa pun dapat memperoleh kemanisan itu dengan tangannya sendiri. Kerana ia adalah suatu anugerah terhebat dalam sejarah kehidupan manusia.

Inilah yang disebut sebagai saat bersejarah ketika hati menadah titisan hidayah Allah SWT. Kali pertama bisikan kebenaran mampu melapangkan hati nurani kita, sehingga tiada terdetik pun keinginan kecuali kepada Allah Taala dan dia menjadi cukup bahagia menjadi hamba-Nya saja. Padahal ketika itu kebanyakan manusia berkeinginan kepada dunia dan bercita-cita menjadi Raja. Perasaan ini pernah hadir di hati Umar al-Khattab yang pernah membenci Allah dan (more…)


Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba’in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba’in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Hadis Pertama

” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.’ (more…)